Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seorang wanita untuk menerima gelar solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t. . Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat saja, yaitu:

1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut:


1- Taat kepada Allah dan RasulNya

Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
i) Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
ii) Wajib menutup aurat
iii) Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
iv) Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki ajnabi kecuali ada bersamanya mahramnya.
v) Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan takwa
vi) Berbuat baik kepada dua ibu bapa
vii) Senantiasa bersedekah baik itu dalam keadaan susah ataupun senang
viii) Tidak berkhalwat dengan lelaki ajnabi
ix) Bersikap baik terhadap tetangga

2. Taat kepada suami
i) Memelihara kewajipan terhadap suami
ii) Senantiasa menyenangkan suami
iii) Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya semasa suami tiada di rumah.
iv) Tidak cemberut di hadapan suami.
v) Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
vi) Tidak keluar tanpa izin suami.
vii) Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
viii) Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
ix) Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya.
x) Senantiasa memelihara diri, kebersihan fisikal dan kecantikannya serta kebersihan rumahtangga.