Siti Fatimah Azzahra as, adalah putri bungsu kesayangan Rasulallah s.a.w. Siti Fatimah Azzahra, adalah putri teladan. Ketaatan dan kesetiaannya kepada ayah dan bundanya adalah menjadi contoh teladan yang baik sekali bagi seluruh wanita.
Siti Fatimah Azzahra telah mengorbankan seluruh hayatnya untuk kepentingan Islam dan Ummatnya. Siti Fatimah dengan setianya mendampingi suaminya Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib dalam keadaan suka dan duka. Belau telah berhasil mendidik kedua anandanya Hasan dan Husain dengan akhlak dan budiperkerti yang mulia. Siti Fatimah senantiasa berusaha membantu fakir miskin dan mereka yang sangat mengharapkan pertolongan.
Siti Fatimah Azzahra dibesarkan dalam asuhan dan didikan langsung ayahandanya yang tercinta Rasulallah s.a.w. Kasih sayang dan kecintaan Nabi s.a.w. kepada Siti Fatimah Azzahra, terutama disebabkan tingkah laku dan tabiatnya banyak mirip dengan ayahandanya.
Hidup zuhud dan tekun beribadah adalah sifat yang dimiliki Fatimah Azzahra. Beliau menghayati hubungan yang ikhlas dengan Allah s.w.t. Sifat mulia yang dimilikinya sebagaimana telah diceritakan oleh Asma binti Umais, “Pada suatu hari aku berada dirumah Siti Fatimah Azzahra.Tiba-tiba ketika itu Rasulallah s.a.w. datang ke rumah Siti Fatimah. Ketika itu Sitti Fatimah memakai seuntai kalung emas pemberian suaminya Imam Ali bin Abi Thalib k.w. Ketika Rasulullah melihat kalung itu, lalu Nabi s.a.w.bersabda, “Hai anakku apakah engkau bangga disebut orang sebagai putri Muhammad, sedangkan engkau sendiri memakai jaababirah ? “(perhiasan yang biasa dipakai oleh putri bangsawan). Ketika itu juga Siti Fatimah melepaskan kalungnya itu, dan menjualnya. Hasil dari harga kalung tersebut Siti Fatimah membeli seorang hamba dan hamba tersebut dimerdekakan. Ketika Rasulallah s.a.w mendengar berita tersebut Nabi s.a.w. amat bergembira dan mendo’akan Siti Fatimah sekeluarga.
Dalam peristiwa lainnya yang diriwayatkan oleh Thuban, ia berkata, “Ketika Rasulallah s.a.w. pulang dari suatu peperangan, seperti biasanya Nabi s.a.w. singgah ke rumah anakandanya Siti Fatimah, ketika itu Nabi s.a.w. melihat kedua-dua cucundanya memakai gelang perak. Nabi s.a.w. tidak jadi singgah, dan Nabi terus pulang kerumahnya.
Mengetahui hal tersebut Siti Fatimah menyadari bahawa Nabi tidak jadi singgah, disebabkan perhiasan yang dipakai oleh kedua-dua cucunya itu. Lalu Siti Fatimah Azzahra dengan tidak ragu-ragu lagi membuka perhiasan gelang yang dipakai oleh kedua anaknya itu dan dihancurkan sehingga berkeping-keping. Hal tersebut menyebabkan saidina Hasan dan Husain menangis, meskipun dipungut kembali kepingan gelang perak itu dan diserahkan kepada Saidina Hasan dan saidina Husain, yang ketika itu belum tahu apa-apa.
Kedua mereka sambil menangis mendatangi Kakeknya, Nabi s.a.w. Rasulullah s.a.w. mengambil kedua kepingan gelang itu dan menyuruh Thuban pergi membelikan gantinya, untuk Siti Fatimah sebuah kalung dari ashab (sejenis benang yang dipilin) dan dua gelang yang terbuat dari gading untuk cucundandanya.
Sambil Nabi s.a.w.bersabda:
” Mereka itu Ahlul Baiytku, aku tidak ingin mereka kehilangan kebajikan karena masaalah duniawi ini…!” (Riwayat Thuban diungkapkan oleh At-Thabbarry dalam kitabnya “Siratul Mustafa”.)
Siti Fatimah Azzahra meningkat dewasa bersamaan dengan pertumbuhan Islam disaat-saat menghadapi berbagai halangan dan rintangan dan disaat-saat amat genting. Siti Fatimah Azzahra dilahirkan pada hari Juma’at 20 Jumadil akhir tahun kelima sebelum Nabi s.a.w.menjadi Rasul. Ketika itu kaum Quraish sedang memperbaiki dan membangun kembali ka’bah disebabkan banyak kerusakan pada bangunan tersebut.
Siti Fatimah putri kesayangan Nabi s.a.w. mendapat gelaran Assidiqah (wanita terpercaya), Athahirah (wanita suci) al-Mubarakah (yang diberikahi Allah) dan yang paling sering disebutkan adalah Fatimah Azzahra (bunga yang mekar semerbak).
Jutaan Muslimat Ummat Nabi s.a.w. kemudian ramai yang menamakan putri mereka dengan Fatimah. Siti Fatimah Azzahra, lahir dan dibesarkan di bawah naungan wahyu Ilahi yang diterima oleh ayahandanya Muhammad s.a.w. Siti Fatimah dilahirkan dan dibesarkan ditengah keluarga suci. Siti Fatimah Azzahra menyaksikan sendiri betapa halangan dan rintangan yang telah dihadapi ayahandanya dalam memperjuangkan Islam. Pernah ketika Nabi s.a.w. dihina, dimaki hamun, malah diletakkan najis binatang ketika Nabi s.a.w. sedang sujud, menyembah Allah s.w.t., dengan tangisan kesedihan Siti Fatimah membersihkan tubuh Nabi s.a.w. dari kotoran yang taburkan oleh kaum Qurraish.
illustrasi photo tanpa bermaksud merendahkan beliau az-zahra, diambil dari sini

RSS - Posts
8 comments
Comments feed for this article
Sunday, November 15, 2009 at 13:24
FATIMAH AZ-ZAHRA
patut kita teladani . . . . . . … dari sikap dan watak fatimah kita bisa belajar apa yang fatimah lakukan dari pengalamannya. . . . . . . .
BETUL . . . . . . . . BETUL . . . . . . . . .BETUL . . . . . . .
jwb: siip. akur
Thursday, October 29, 2009 at 01:39
Choirul Anam
Dalam Hadist juga d ceritakan “Bila Fatimah tidak diciptakan,Ali tidak Akan Mempunyai Istri,Bila Ali tidak di ciptakan,maka fatimah Tidak Akan memiliki pasangan”.(Hadist).
Trimaksih….
jwb: terima kasih atas kunjungan dan tambahan ilmunya mas, salam
Thursday, October 22, 2009 at 11:15
PVie-Saktiy
wanita yang solehah baik kayanya jarang deh zaman sekarang
jwb: masih banyak kok, kit aberdoa saja untuk mereka
Tuesday, October 6, 2009 at 06:00
zaenal
kalau saja saat ini banyak perempuan2 yang meneladani siti fatimah azzahra insya Allah akan banyak laki-laki (suami) yang tidak akan selingkuh dan korupsi
jwb: setuju banget
Sunday, April 26, 2009 at 11:03
anna
siti fatimah adalah wanita yang patut diteladani oleh wanita-wanita yg ada di dunia..
Sunday, September 28, 2008 at 21:35
Abdul’s Blog » Blog Archive » Cara Memilih Istri
[...] Siti Fatimah Az-Zahra [...]
Wednesday, June 11, 2008 at 15:32
deltapapa
wa’alaikum salam. haifa betul. kalo mau lihat tulisan tentang beliau yang lain, silahkan klik “home” terus pilih katagori “az-zahra”. selamat membaca dan semoga haifa dapat meneladani beliau. wasaalam.
Wednesday, June 11, 2008 at 15:26
haifa firmansari
assalamualaikum…
Siti fatimah Az-Zahra, sosok wanita yang patut diteladani wanita muslimah, jadi teladan bagi kaum akhwat…